Isnin, 7 Mei 2012

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR



Hutan Hujan Tropika


  1. Hutan hujan tropika meru­pakan hutan yang paling lugs di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.
  2. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa.
  3. Hutan hujan tropika tum­buh dengan subur di kawa­san yang mempunyai ke­tinggian kurang daripada 1 000 meter.
  4. Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gu­nung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
  5. Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah:
a) Bersifat malar hijau
b) Tumbuh rapat-rapat
c) Tumbuh berlapis-lapis

     6.   Hutan hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-­tumbuhan  
          di dunia.
  1. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya.
  2. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokok­pokok yang tinggi.
  3. Pokok di lapisan renjung tumbuh sangat tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi so­kongan dan menahan po­kok daripada tumbang.
  4. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan.
  5. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit.
  6. Tumbuh-tumbuhan ini ber­gantung kepada pokok be­sar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
  7. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.
Hutan Paya




  1. Hutan paya di Malaysia ter­diri daripada hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.
  2. Pokok bakau di hutan paya air masin mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan tanih berlumpur dan air adalah untuk bernafas. Manakala akar jangkang yang menyokong­nya daripada tumbang.
Hutan Pantai


    1.     Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran balk, ber­pasir 
            dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
    2.     Tumbuh-tumbuhan di hutan pantai dapat hidup walau­pun ditenggelami air laut    
             semasa air pasang.
    3.     Kebanyakan hutan pantai tumbuh di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. 

Hutan Gunung



  1. Hutan gunung tumbuh su­bur di kawasan bertanih laterit yang terletak di ke­tinggian yang melebihi 1 000 meter dari aras laut.
  2. Contoh kawasan hutan gunung ialah di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Tama AD. Banjaran Tahan dan Pergu­nungan Iran.
  3. Jenis dan kepadatan tum­buh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ke­tinggian.
  4. Semakin tinggi kawasan hutan, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.
  5. Puncak gunung biasanya ditumbuhi oleh tumbuha­kulampair dan pokok-pokok kerdil.
  6. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh suhu di ka­wasan tersebut di mana suhu adalah rendah mana­kala tanih semakin nipis.
  7. Kawasan yang berada me­lebihi paras 3 500 meter diliputi batuan tandus se­perti di puncak Gunung Kinabalu.


Faktor-faktor mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar


Jenis   Hutan
    Iklim
Bentuk             Muka Bumi
Jenis Tanih
    Saliran
Hutan Hujan
Tropika
Suhu
27 ºC

Hujan sepanjang tahun sesuai untuk tumbuhan
Kawasan      tanah pamah beralun

Kawasan kaki bukit
< 1000m
Tanih laterit


Tanih lanar/
 alluvium
 Baik
Hutan Paya
Air Masin
Hujan
2600 mm

Suhu
27 ºC
Kawasan tanah rendah

Kawasan pinggir laut yang terlindung
Tanih berlumpur
Buruk

Air bertakung
Hutan Paya
Air Tawar
Hujan
2600 mm

Suhu
27 ºC
Kawasan tanah rendah

Kawasan pedalaman

Sekitar tasik dan paya
Tanah gambut
Buruk

Air bertakung
Hutan Pantai
Hujan
2600 mm

Suhu
27 ºC
Kawasan tanah rendah

Kawasan pantai yang terdedah
Tanah berpasir
Baik
Hutan Gunung
Hujan
2600 mm

Suhu
16-20 ºC
Tanah tinggi
Kawasan
> 1200 m
Tanih laterit
Baik





1 ulasan:

  1. Top 10 Las Vegas Casino & Hotel - Mapyro
    Top 10 Las 경산 출장안마 Vegas Casino & Hotel · 1. The Mirage – The Mirage 의정부 출장마사지 – Hotel. Las Vegas, Nevada, USA · 경주 출장샵 2. Caesars Palace – 광주광역 출장안마 The Mirage. Las Vegas, NV, USA · 3. The 군산 출장샵

    BalasPadam